DATUK BANDAR / YANG DIPERTUA PBT

  • Fungsi, Peranan, Punca Kuasa
  • Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT)
  • Pengurusan dan Pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
  • Jawatankuasa Perancang Negeri
  • Pengurusan dan Pembangunan Rancangan Tempatan Daerah
  • Kawalan Perancangan

Perbezaan antara Majlis Daerah / Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa  Tempatan (PBT)

Punca Kuasa

Selain daripada akta-akta yang telah digubal di peringkat Parlimen, PBT turut sama menggunapakai undang-undang kecil (UUK) yang digubal di peringkat DUN. Antara sumber kuasa utama PBT;

  • Akta Kerajaan Tempatan 1974 ( Akta 171 )
  • Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 )
  • Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 ( Akta 133 )

MNKT merupakan badan tertinggi yang menggubal dasar serta undang-undang bagi mengawal dan memajukan PBT selaras dengan peruntukan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan. MNKT dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua YAB Ketua Menteri dan Menteri Besar bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia serta 10 orang YB Menteri Kabinet Persekutuan yang berkaitan seperti di bawah. Wakil dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak turut dijemput hadir sebagai pemerhati.

 

http://jkt.kpkt.gov.my

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

  •  PENTADBIRAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Seksyen 3. Pengisytiharan dan penetapan taraf kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Seksyen 9. Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk memberi arahan.

  • Pihak Berkuasa Negeri boleh dari semasa ke semasa memberi kepada Pihak Berkuasa Tempatan arahan am, dan yang tidak berlawanan dengan Akta ini, mengenai dasar yang hendak diikut dalam menjalankan kuasa yang diberi dan kewajipan yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini kepada atau ke atas Pihak Berkuasa Tempatan itu berhubungan dengan perkara yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri menyentuh kepentingan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu, dan Pihak Berkuasa Tempatan itu hendaklah menguatkuasakan semua arahan itu dengan seberapa segera yang boleh.
  •  
  • Pihak Berkuasa Tempatan itu hendaklah memberi kepada Pihak Berkuasa Negeri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan aktiviti Pihak Berkuasa Tempatan itu.

 

  • PERJALANAN URUSAN

Seksyen 20. Mesyuarat biasa.

Tiap-tiap Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengadakan suatu mesyuarat biasa bagi menjalankan urusannya pada hari dan waktu yang ditetapkan olehnya dari semasa ke semasa, tetapi tidak kurang daripada sekali sebulan.

  • DASAR DAN PENTADBIRAN

 Seksyen 3. Dasar perancangan am

 Tertakluk kepada Fasal (5) dan (6) Perkara 91 Perlembagaan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan dengan perancangan pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasan tiap-tiap Pihak Berkuasa Tempatan di dalam Negeri; dan Pihak Berkuasa Negeri boleh, pada atau bagi maksud menunaikan tanggungjawabnya di bawah seksyen ini, dari semasa ke semasa memberikan arahan secara am kepada Jawatankuasa atau mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan Jawatankuasa atau pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menguatkuasakan arahan itu.

Penubuhan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) diperuntukan dalam Bahagian II, Dasar dan Pentadbiran di bawah seksyen 4 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta172). JPN merupakan suatu Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengawal selia, mengawal, merancang, menyelaras dan menasihati mengenai perkara-perkara berkaitan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan dalamNegeri yang berkenaan.

Rancangan Pemajuan

Rancangan Pemajuan sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976,  (Akta 172), mengandungi dasar-dasar dan cadangan-cadangan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial penduduk melalui pembentukan struktur fizikal yang selesa. Rancangan Tempatan disediakan oleh PBPT manakala Rancangan Struktur disediakan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri. Rancangan Pemajuan merupakan sebahagian daripada sistem hierarki pelan pembangunan dalam Negara yang mengandungi 4 peringkat iaitu :

Rancangan Pemajuan berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya:

  • rancangan tempatan bagi kawasan itu, atau
  • jika tiada rancangan tempatan bagi kawasan itu, maka rancangan struktur bagi kawasan itu adalah mewakili Rancangan Pemajuan tersebut. 

Rancangan Fizikal Negara

Rancangan Fizikal Negara adalahsuatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. RFN perlu disediakan menerusi proses perundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta mengambil kira Dasar Perbandaran Negara semasa atau dasar-dasar lain yang berkaitan. RFN disediakan bagi Semenanjung Malaysia dan tidak meliputi Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri tertakluk kepada perundangan yang berbeza.

Rancangan Struktur Negeri 

Rancangan Struktur Negeri (RSN) merupakan dokumen perancangan yang mengandungi gambar rajah utama dan penyataan bertulis bagi memberi panduan dan corak pembangunan fizikal negeri. RSN akan menjadi Dokumen Perancangan Strategik Fizikal Negeri selepas ia diwartakan.

Fungsi RSN adalah :

  • Memenuhi keperluan statutori di bawah Seksyen 8, Akta 172
  • Melengkapkan sistem perancangan bandar dan desa negara yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT)
  • Menterjemahkan dasar-dasar RFN di dalam perancangan pembangunan fizikal negeri
  • Memandu dan menyelaras perancangan di peringkat daerah (Rancangan Tempatan)
  • Membentuk matlamat, dasar dan cadangan terhadap pembangunan sosio ekonomi dan
    persekitaran negeri
  • Membentang isu-isu perancangan dan keputusan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan orang ramai
  • Menyediakan asas bagi menyelaras keputusan agensi kerajaan dan swasta RSN boleh diubah dan dikaji semula selaras dengan peruntukan Subseksyen 11(1) dan 11(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Rancangan Tempatan

Rancangan Tempatan (RT) adalah satu pernyataan bertulis yang mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan sepertimana yang digariskan dalam Subseksyen 12(3), Akta 172. Ianya menerangkan dengan lebih terperinci segala dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum untuk pemajuan dan penggunaan tanah serta menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. Rancangan Tempatan juga menerangkan secara terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) berhubung dengan aktiviti pemajuan dan penggunaan tanah.

Rancangan Kawasan Khas

Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan satu rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan segera di bawah peruntukan Seksyen 16B Akta 172. Penyediaan RKK ini adalah bertujuan untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi, untuk memulihara atau juga untuk tujuan pengurusan sesebuah kawasan.

RKK mengandungi cadangan dan tindakan khusus untuk satu-satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh PBN / PBT bagi tujuan :

  • Pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan;
  • Pemajuan semula;
  • Pengelokan;
  • Pemuliharaan atau amalan pengurusan; atau
  • Sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain, bagi keseluruhan atau sebahagian kawasan khas itu, dan jenis pengolahan yang dicadangkan

https://www.planmalaysia.gov.my

Dasar Perbandaran Negara

Dewan Perbandaran Negara (DPN) 2006 telah berjaya melaksanakan 32 langkah. Antara hasil pelaksanaan DPN 2006 yang utama adalah:

  • Mewujudkan Garis Panduan Proses Permohonan Perancangan dan Pembangunan;
  • Menubuhkan Pusat Setempat (One Stop Centre - OSC) di seluruh negara dan ditempatkan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memudahcara permohonan kebenaran merancang di bawah Akta 172; dan
  • Mewujudkan Sistem Maklumat Bandar melalui Kajian Profil Bandar (KPB) 2009 dan KPB2 (2013) yang merangkumi 249 buah bandar.

Setelah sembilan (9) tahun DPN 2006 dilaksanakan dan tempoh perancangan telah tamat iaitu pada tahun 2015, maka DPN 2006 telah disemak semula bagi menghasilkan DPN2.Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) 2016-2025 disediakan bagi meneruskan langkah-langkah DPN 2006 yang masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. DPN2 telah mengambil kira perkara-perkara berikut:

  • Dasar-dasar terkini Kerajaan Persekutuan dan Negeri;
  • Isu-isu perbandaran semasa;
  • Wawasan Negara;
  • Rancangan Malaysia Ke-11; dan
  • Dasar-dasar dan polisi-polisi luar negara yang disediakan seperti Eco2 Cities, COP15 Copenhagen, The Sustainable Development Goals (SDGs); The Global Competitiveness Report, New Urban Agenda (NUA) dan lain-lain yang berkaitan.

Dasar Perumahan di Malaysia 

Perkembangan dasar perumahan di Malaysia semenjak merdeka boleh dibahagikan kepada 5 fasa iaitu Fasa Perumahan Awal Kemerdekaan (1957 - 1970), Perumahan untuk Mengatasi Masalah Kemiskinan (1970 - 1985), Perumahan Berfokuskan Pasaran (1986 - 1997), Perumahan untuk Menghapuskan Setinggan (1998 - 2011) dan Perumahan Mampu Milik (2012 hingga kini). Setiap fasa pembangunan perumahan lazimnya berkait rapat dengan keadaan sosial, politik dan ekonomi negara semenjak merdeka. Keadaan ini menjadikan dasar dan program perumahan yang digubal di Malaysia adalah unik selaras dengan keperluan semasa negara ini. Malah kejayaan dan pencapaian program perumahan di Malaysia sejak merdeka sering dijadikan rujukan oleh banyak negara membangun lain.

Dasar-dasar negara sentiasa dikaji semula secara berkala dan dikemas kini bagi menangani isu dan cabaran pembangunan semasa. Memandangkan Dasar Perumahan Negara (DRN) 2013-2017 telah tamat tempoh pelaksanaannya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menilai semulaDRN sedia ada bagi mengenal pasti jurang untuk dijadikan asas dalam menggariskan dasar dan strategibaru bagi DRN (2018-2025).DRN (2018-2025) adalah bertujuan untuk memperincikan dasar dan pelan tindakan bagi tempoh 2018-2025 yang mengambil kira isu-isu perumahan semasa. Ia berfungsi sebagai rangka kerja nasional dalam memandu pembangunan perumahan di peringkat Persekutuan dan Negeri serta menjadi pemangkindalam penyediaan perumahan yang sistematik, dan berdasarkan permintaan dan keperluan perumahan.Dasar perumahan yang menyeluruh dan bersesuaian dengan kehendak semasa adalah amat perlu dalam memastikan pembangunan perbandaran dan konurbasi yang berdaya maju dari segi ekonomi.

 

Semua permohonan-permohonan untuk membangunkan tanah dan mendirikan bangunan perlulah terlebih dahulu memperolehi kebenaran merancang daripada PBPT. Bahagian IV Akta 172 mengandungi peruntukan-peruntukan bagi penguatkuasaan sesuatu pengawalan perancangan yang hendak dilaksanakan.

Seksyen 18 Akta 172 melarang seseorang menggunakan tanah atau bangunan kecuali hendaklah mengikut rancangan tempatan. Seksyen 19 Akta 172 pula melarang dengan pengecualian-pengecualian tertentu untuk pemajuan dimula, diusaha atau dijalankan tanpa kebenaran merancang.

Seksyen 25 Akta 172 memberikuasa kepada PBPT jika pada pendapatnya untuk memerintahkan supaya ditarik balik atau diubah suai sesuatu kebenaran perancangan atau kelulusan bagi sesuatu pelan bangunan yang diberi dibawah akta ini atau mana-mana undang-undang Kerajaan Tempatan yang terdahulu untuk kepentingan awam. Ia juga memberikuasa kepada PBPT bagi merobohkan mana-mana bangunan yang terlibat oleh perintah itu dan memberikan pembayaran kos-kos perobohan dan pampasan. Disamping itu, PBPT dengan kelulusan pihak berkuasa negeri boleh menghendaki sesuatu penggunaan tanah dihentikan, mengenakan syarat-syarat bagi meneruskan penggunaan tanah, atau untuk mengkehendaki bangunan-bangunan atau kerja-kerja diubah. Mana-mana pemunya tanah yang terkena oleh perjalanan kuasa-kuasa tersebut adalah berhak mendapat pampasan dan merayu kepada Lembaga Rayuan terhadap perjalanan kuasa-kuasa tersebut.

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1984 (Akta 133)

Sekyen 70 (1)  Akta 133 menyatakan bahawa seseorang tidak boleh mendirikan bangunan sekiranya tiada kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT.

 

Proses Kerja Tindakan Penguatkuasaan Ke Atas Premis Tanpa Kebenaran

 

Mesyuarat Melibatkan Yang Dipertua PBT Sebagai Ahli Mesyuarat

Yang Dipertua PBT juga perlu turut menghadiri beberapa mesyuarat di peringkat daerah dan negeri seperti Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Bencana, Mesyuarat Jawatankuasa Fokus Group, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri/Daerah dan Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah.

Contoh jawatankuasakecil di PBT

  • Jawatankuasa Kecil Pelesenan
  • Jawatankuasa Kecil Lalulintas,
  • Perparitan dan Saliran
  • Jawatankuasa Kecil Bangunan
  • Jawatankuasa Kecil Pengindahan, Keceriaan dan Kebersihan Bandar
  • Jawatankuasa Kecil Pelancongan
  • Jawatankuasa Kecil Aduan
  • Jawatankuasa Kecil Pelupusan Aset

 

Rujukan undang-undang, undang-undang kecil, kaedah serta peraturan dan pekeliling

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Akta Pilihan Raya 1958(Akta 19)
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
  • Akta Keterangan 1950
  • Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
  • Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)
  • Undang-Undang Kecil Tanah Awam
  • Undang-Undang Kecil Kerja Tanah
  • Buku Panduan Pelaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 Akta 663 (Edisi Kedua)
  • Surat Pekeliling Am Bil 1 Tahun 1988 - Peraturan Bagi Menamakan Bangunan/Tempat Sistem dan sebagainya

 

Tujuan Surat Pekeliling Am ini adalah untuk mengingatkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1983 bertajuk “Peraturan Menamakan Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan”. Surat Pekeliling itu, antara lain, menetapkan bahawa dalam menamakan bangunan atau sebahagian daripadanya seperti dewan dan tempat-tempat awam, nama pembesar-pembesar yang masih hidup tidak boleh digunakan. Walaupun demikian, nama-nama Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang masih ada boleh digunakan. Dalam hubungan ini, adalah dijelaskan bahawa larangan ini melipiti juga penggunaan nama para pegawai sektor awam yang masih hidup. Selain daripada bangunan dan tempat, sebarang sistem juga tidak boleh dinamakan dengan menggunakan nama orang yang masih hidup.

  • Surat mengenai Kuasa Pendakwaan Pihak Berkuasa Tempatan Menurut Seksyen 120 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)Tarikh: 24 Disember 2009

 

Peruntukan seksyen 120 Akta 171, PBT boleh mengarahkan apa-apa pendakwaan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta 171 atau mana-mana undang-undang kecil, kaedah atau peraturan dan hendaklah membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dalam pendakwaan tersebut. Sungguhpun peruntukan yang sama tidak menyebut keperluan untuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pendakwa Raya bagi menjalankan suatu pendakwaan, PBT adalah disarankan agar mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Pendakwa Raya dengan merujuk semua kes kepada Timbalan Pendakwa Raya (TRM) di daerah masing-masing sebelum sebarang pertuduhan dikemukakan.

  • Pekeliling daripada Jabatan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (12 Januari 2010), Pendekatan Penguatkuasaan ke atas Hotel-hotel dan Pusat-pusat Hiburan di Kawasan Pelancongan.
  • Pekeliling daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (24 Disember, 2009, Kuasa Pendakwaan Pihak Berkuasa Tempatan Menurut Seksyen 120 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
  • Pekeliling daripada Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Kedah, 4 Mei 2010, Penyelarasan Penggubalan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Pekeliling daripada Jabatan Kerajaan Tempatan dan Kementerian PerumahanKerajaan Tempatan (12 Januari 2010), Pendekatan Penguatkuasaan ke atas Hotel-hotel dan Pusat-pusat Hiburan di Kawasan Pelancongan.
  • Pekeliling daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (24 Disember, 2009, Kuasa Pendakwaan Pihak Berkuasa Tempatan Menurut Seksyen 120 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
  • Manual Penyiasatan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan dibawah Akta Perancangan Bandar dan Desa1976 (Akta 172), 2010.
  • National Convention on World Town Planning Day 2007 (Jabatan Perancang Bandar dan Desa), 2010.

 

Contoh undang-undang kecil PBT

  1. Undang-Undang Kecil Pasar Malam/Sehari
  2. Undang-Undang Kecil PelesenanTempat Letak Kenderaan Persendirian
  3. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing
  4. Undang-Undang Kecil Hotel
  5. Undang-Undang Kecil Iklan
  6. Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis Tred, Perniagaan Dan Perindustrian
  7. Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau
  8. Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Dan Gerai
  9. Undang-Undang Kecil (Taman) PBT Negeri Kedah (Pindaan) 2007
  10. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah
  11. Undang-Undang Kecil Vandalisme
  12. Undang-Undang Kecil Rumah Urut
  13. Undang-Undang Kecil Tandas Awam
  14. Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya)
  15. Undang-Undang Kecil Pasar
  16. Undang-Undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan
  17. Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut
  18. Undang-Undang Kecil jalan, Parit Dan Bangunan (Mengkompaun Kesalahan)
  19. Undang-Undang Kecil Bangunan (Bayaran-Bayaran)
  20. Undang-Undang Kecil Bangunan (Caj Pembersihan Tangki Najis Dan Tanki Imhoff)
  21. Undang-Undang Kecil Bangunan (Kemudahan Tempat Letak Kenderaan Bagi Pawagam, Panggung- Panggung Dan Bangunan Besar Yang Lain)
  22. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
  23. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan) PBT Negeri Kedah 1983
  24. Undang-Undang Kecil (Pemungutan, Pembuangan dan Perlupusan Sampah-Sarap) PBT Negeri Kedah 1983
  25. Undang-Undang Kecil Kolam Renang
  26. Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran, PBT Negeri Kedah 1983
  27. Undang- Undang Kecil (Larangan Merokok Dalam Panggung) Negeri Kedah 1978
  28. Perintah Lalu Lintas Jalan (Letak Kenderaan Berkupon)
  29. Perintah Lalu Lintas Jalan (Letak Kenderaan Bermeter)
  30. Perintah (Kenderaan Berjalan Lambat) (Sekatan Penggunaan Jalan)
  31. Perintah Lalu Lintas Jalan (Letak Kenderaan Bermeter)
  32. Perintah Had Laju (MPKS)
  33. Perintah (Tempat Letak Kereta )
  34. Surat Izin Pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR)