PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH SERTA PENTADBIRAN TANAH DAERAH

Pejabat Tanah merupakan di antara pejabat yang terawal dltubuhkan di Negeri Kedah, iaitu pada tahun 1883 oleh KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sebelum tahun 1909 pentadbiran tanah tidak disatukan dengan pentadbiran daerah. Di Kola Setar sebelumnya terdapat empat buah pusat pentadbiran tanah yang tertetak di Alor Changleh, Sungai Korok, Simpang Empat dan Alor Setar.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1354 Hljrah iaitu bersamaan dengan 1936 Masihl. Pada asalnya, Pejabat Pengarah Tanah dan Gallan Kedah dikenall dengan nama PeJabat Kepala Pekerjaan Tanah (Dlrektor or Lands) dan diketuai pentadbiran oleh Tuan Syed Ahmad AI-Jafri dengan L. Forbes sebagal Penaslhat Pejabat Tanah (Land Officer Advisor). Pada tanggal 1966, nama Pejabat Kepala Pekerjaan Tanah telah ditukar kepada Pejabat Pesuruhjaya Tanah dan kemudian pada tahun 1973 nama Pesuruhjaya Tanah dan Galian seterusnya ditukar kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negert Kedah.

Berdasarkan sejarah, sistem Pentadbiran Tanah di Negeri Kedah Darul Aman adalah merupakan antara sistem Pentadbiran Tanah yang tertua di Malaysia. lni dapat dibuktikan dengan rekod-rekod hakmilik tanah lama yang terdapat di dalam surat­ surat hakmilik tanah iaitu semenjak zaman Sultan Ahmad Tajuddin pads tahun 1870 an lagL lni menunjukkan bahawa sistem Pentadbiran Tanah Negeli di Kedah telah sedia wujud sebelum kedatangan British. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian bertempat di Bangunan Wan Mat Seman sehingga tahun 1994 dan kemudlannya berpindah operasi ke Wlsma Negeri.

 

 

a) Dasar dan Perundangan Tanah

Senarai Akta dan Peraturan Tanah bagi pentadbiran tanah:

  • Perlembagaan Persekutuan
  • Kanun Tanah Negara 1965.
  • Aturan Tanah Kedah 1960 (Semakan 2015)
  • Kaedah-kaedah Tanah Kedah Darul Aman 2018.
  • Akta Pengambilan Tanah 1960.
  • Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2013).
  • Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok 1960).
  • Akta Pembangunan Mineral 1994 dan
    Enakmen Mineral Negeri Kedah 2004 (EMN).
  • Enakmen Rizab Melayu 1933.
  • Enakmen-enakmen Kerajaan Negeri Kedah.
  • Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
  • Pekeliling-pekeliling Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian.
  • Pekeliling-pekeliling Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
    Nota:

b) Pelantikan dan Perwakilan Kuasa Daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

Fungsi Am Pejabat PTG dan PTD dalam Sistem Pentadbiran Tanah Negeri Kedah

TERAS PERKHIDMATAN DALAM PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH

 

JAWATANKUASA TETAP DALAM PENTADBIRAN TANAH

Nota: