PEJABAT DAERAH DAN TANAH

 

Menguruskan pentadbiran am daerah meliputi:

a) Pengawasan dan penyelarasan perancangan pembangunan daerah.
b) Mengawasi dan menyelaras kerja-kerja pelaksanaan projek pembangunan dalam daerah.
c) Meninjau dan mendalami masalah rakyat dari segi umum dan keperluan pembangunan daerah dan menyampaikan untuk perhatian pihak berkuasa pelaksanaan tertentu.
d) Menitikberatkan hal-hal keselamatan sosial dan kebajikan masyarakat meliputi penyelarasan kerja-kerja bantuan mangsa bencana dan malapetaka.
e) Mendorong dan menyelaras aktiviti jabatan di dalam daerah terhadap usaha-usaha melibatkan kepentingan masyarakat, kebersihan, kecantikan serta pemeliharaan alam sekeliling.
f) Menjalankan apa sahaja terhadap melaksanakan dasar kerajaan dan terhadap pencapaian hasrat dan aspirasi kerajaan dalam membangun negara dan masyarakat melalui tugas jawatan dan perhubungan dengan rakyat.
g) Mengurus dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti perayaan di peringkat daerah.
h) Memastikan urusan lantikan perjawatan mengikut waran yang ditetapkan.
i) Mempengerusikan mesyuarat berkala peringkat Daerah dan Jabatan seperti MBJ, JKPAK, JPKA, JITU, JKTD, Focus Group, Pengurusan, Sumber Manusia Perlesenan, Ketua-Ketua Unit dan lain-lain
j) Mengawasi dan menyelaras setiap program peringkat daerah dilaksanakan mengikut pelan SOP yang telah dirancang
k) Mempengerusi mesyuarat penyelarasan sebelum sesuatu program diadakan
l) Meninjau projek di bawah pembangunan daerah seperti pembasmian kemiskinan, projek-projek kecil dilaksanakan mengikut jadual dan peruntukan yang tetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan
m) Memastikan Hasil dikutip mengikut anggaran yang telah ditetapkan
n) Merancang pelaksanaan tunggakan cukai tanah dikutip secara optimum
o) Memastikan Notis 6A dikeluarkan dan diambil tindakan susulan seperti rampasan tanah di bawah seksyen 100 KTN
p) Memastikan pemutihan data hakmilik dilaksanakan secara berterusan bagi mengelakan pertindihan hakmilik

 

a) Senarai Mesyuarat Peringkat Daerah Yang Dipengerusikan Oleh Pegawai Daerah

  • Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah
  • Mesyuarat Focus Group (Pembasmian Kemiskinan) Daerah
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan (JKKD) Daerah
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Daerah
  • Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Peringkat Daerah
  • Majlis Rundingan Belia Daerah

b) Senarai Mesyuarat Di Peringkat Negeri (Pegawai Daerah Hadir Sebagai Ahli)

  • Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Peringkat Negeri Kedah Darul Aman
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah
  • Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kedah
  • Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri Kedah Darul Aman (JKTN)
  • Mesyuarat Jawatankuasa Geraksaraf dan Perangsaraf Negeri Kedah
  • Mesyuarat Focus Group Negeri Kedah
  • Mesyuarat Tindakan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Kedah
  • Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah

c) Jawatankuasa Keselamatan dan Bencana

  • Arahan No. 20 (Semakan Semula) Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara
  • Jawatankuasa Pengurusan Bencana

d) Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD)

Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) dilaksanakan sepenuhnya di peringkat daerah

e) Jawatankuasa Focus Group

  • Terma Rujukan Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah

  • Fungsi Focus Group:

-Melaksanakan dasar, kenyataan dasar dan strategi serta program/projek pembasmian kemiskinan di peringkat daerah;
-Menyelaras dan memantau perancangan dan pelaksanaan program kemiskinan;
-Mengenal pasti isu dan masalah dalam penyelarasan dan pelaksanaan program/projek pembasmian kemiskinan dan mencadangkan penyelesaiannya;
-Membuat penilaian outcome dan impak ke atas program/projek pembasmian kemiskinan bagi memastikan keberkesannya;
-Memastikan Sistem eKasih digunakan sebagai rujukan utama dan dikemas kini dari semasa ke semasa;
-Menyediakan laporan kepada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

  • Punca Kuasa :

-Surat Ketua Setiausaha Negara Malaysia, nombor rujukan UPP:BPK/177/674//3 klt.8 (62), bertarikh 6 Januari 2020.

f) Jawatankuasa Pelesenan

  • Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997
  • Permohonan Untuk Mendapatkan Lesen Hiburan
  • Pemberian Lesen Hiburan
Peranan Pegawai Daerah Selaku Pegawai Pengurus Dalam Urusan Pilihan Raya

 

 

Tanggungjawab Penghulu di Bawah Pegawai Daerah

i. Peranan dan tanggungjawab institusi penghulu di Kedah Darul Aman telahpun wujud sejak awal zaman pemerintahan beraja. Institusi ini mengalami perubahan struktur dan organisasi mengikut peredaran masa. Kini, jawatan penghulu sebagai ketua pemerintahan di peringkat mukim bertanggungjawab penuh kepada Pegawai Daerah selaku ketua pentadbiran tanah. Penghulu merupakan penjawat awam yang ada hubungan terus dan terlibat secara langsung dengan rakyat di peringkat bawah.

ii. Tugas dan fungsi utama Penghulu:

a) Pembangunan manusia dan kemudahan asas dalam mukim.
b) Berkaitan hal ehwal keagamaan.
c) Bidang sosial dan kemasyarakatan.
d) Bidang ekonomi
e) Bidang keselamatan
f) Pendidikan
g) Menjadi ketua pentadbir mukim dan bertanggungjawab diatas segala hal mukim.
h) Menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan rakyat di peringkat mukim dengan menyampaikan maklumat-maklumat daripada kerajaan kepada rakyat dan daripada rakyat kepada kerajaan.
i) Menyelesaikan perselisihan pendapat dan perbalahan antara anak-anak buah dalam mukim.
j) Menolong dan memberi kerjasama kepada semua jabatan dan agensi kerajaan yang lain.
k) Menghadiri setiap mesyuarat yang dijemput dan patut hadir seperti Mesyuarat Majlis Ketua Kampung, jawatankuasa masjid, jawatankuasa perayaan peringkat kampung, mukim, daerah dan sebagainya.
l) Membuat penyiasatan dan laporan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Pegawai Daerah dan/atau penolong-penolongnya.
m) Menghimpun penduduk kampung bagi tujuan majlis penerangan, dialog dan sebagainya.
n) Menyampaikan arahan dan maklumat kepada penduduk-penduduk kampung yang diperlukan dengan kadar yang segera dan membawa orang yang dikehendaki berjumpa dengan Pegawai Daerah dan/atau penolong-penolongnya.