PENGURUSAN PROTOKOL DAN ETIKET

1. BAJU SIKAP

  • Baju Sikap ini dipakai sejak dua abad yang lalu dalam kalangan keluarga DiRaja Kedah. Baju ini dikatakan berasal dari masyarakat Jawa atau Aceh yang kemudiannya diubahsuai berdasarkan citarasa masyarakat di sini yang merangkumi kombinasi pengaruh pakaian kaurn Cina dan Melayu Nusantara.
  • Sikap bermaksud peribadi, pemakainya dianggap sebagai seorang yang bersedia dan tegas. Oleh sebab itu di negeri Kedah Baju Sikap ini dianggap sebagai pakaian rasmi (istiadat) atau full formal dress.
  • Pakaian ini juga merupakan pakaian rasmi Darjah-Darjah Kebesaran bermaksud pakaian ini perludilengkapi dengan pemakaian dan sematan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang dianugerah (sekiranya ada).
  • Majlis-majlis yang mengkehendaki memakai pakaian ini ialah pada 'collar days' antaranya:
    - Majlis Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Negeri Kedah

 
  

 

·       Jaket dan Anak Baju

Pakaian ini merupakan sehelai jaket (Iuar) berwarna hitam, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi. Pada hadapan baju ini dijahit sulaman benang emas bercorak bunga selebar 3 cm. Baju ini labuhnya sehingga paras paha dan berlenggan panjang. Anak baju (dalam) berwarna hitam. Pakaian ini dipakai bersama dengan seluar panjang berwarna hitam dari jenis kain yang sama. Bagi wanita pakaiannya adalah baju kurung moden dan hadapan baju ini dijahit sulaman benang emas bercorak bunga selebar 3 cm.

 

·       Tengkolok, Sampin dan Bengkung

Antara pelengkap bagi pakaian ini adalah tengkolok, sampin dan bengkung daripada songket hitam tenunan benang emas berbunga padi.

 

·       Keris

Keris ini direka khas bagi melengkapi pernakaian pakaian ini yang melambangkan kegagahan, kemuliaan, kekayaan dan kepahlawanan pemakainya. (Keris tidak dipakai di waktu malam).

 

·       Pending

Peralatan lain yang dipakai bersama pakaian ini adalah Pending (Putih) yang diukir lencana lambang Kedah dan dipakai pada pinggang untuk lelaki sahaja.

 

·       Bunga Padi

Bunga Padi ditekatkan pada kolar kiri dan kanan Jaket baju sikap. Bunga padi ini perlu ditukar ganti mengikut kategori ataupun gred jawatan pegawai seperti berikut:

               i.      N41 (Lantikan baru) – Hitam

              ii.      N41 (Setelah Sah Jawatan) – Biru

             iii.      N44 – Ungu

             iv.       N48 dan ke atas – Merah

2. TUNIC JAKET

  • Tunic Jaket merupakan pakaian Pembesar Negeri dan Pegawai Tadbir Negeri semasa menghadiri Majlis Pembukaan Dewan Undangan Negei Kedah Darul Aman
  • Mengandungi jaket berwarna putih, seluar berwarna, songkok, gorget, apolet, sarung kaki berwarna hitam dan kasut berwarna hitam berkilat.
 
  

 

·       Jaket

Jaket berwarna putih dengan kolar berkepuk dan dihiasi dengn lima biji butang besar bersadur emas di bahagian hadapan dan tiga biji butang kecil di 'cuff' serta satu butang kecil bersadur emas di tiap-tiap poket kecil.

·         Seluar (lelaki)

Seluar berwarna biru kehitaman dengan berjalur hitam berkilat berukuran selebar 1/2 inci di kiri dan kanan seluar.

·         Kain (wanita)

Kain sarung diperbuat daripada kain berwarna hitam mengikut fesyen kebaya.

·         Tudung (bagi wanita yang bertudung)

Kain tudung daripada kain berwarna hitam.

 
  

 

·       Songkok

Songkok daripada kain baldu berwarna hitam, di sekelilingnya (tengah) dilekatkan jalur berwarna merah/biru/hijau selebar 1.5 cm. Lencana Iambang Kedah bercelup emas disematkan di atas jalur di sebelah kiri bucu hadapan songkok.

 
  

 

·       Apolet

Apolet daripada kain baldu berwarna hitam, di sekelilingnya tepi dan separuh bahagian dalamnya ditekat bunga padi dengan benang emas. Separuh lagi bahagian dalamnya ditekat lambang Kedah. Dipakai pada bahu kiri dan kanan.

 
  

 

·         Gorget

Gorget daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepi dan tengah gorget ditekat bunga padi dengan benang emas.

Dipakai pada kolar jaket kiri dan kanan.

·         Kasut

Kasut hitam berkilat dan bagi wanita kasut jenis tertutup penuh juga berwarna hitam berkilat.

·         Tudung

Tudung kepala adalah berwarna hitam.

3. PAKAIAN JAMUAN MALAM

  • Mess kit dipakai ketika menghadiri majlis makan malam beradat.
  • Pakaian pada waktu malam ini ialah kemeja 'dress shirt' berwarna putih, jaket berwarna putih kemerahan (light beige), bengkung, seluar panjang berwarna hitam dengan berjalur berukuran 1 atau 1/2 inci di sebelah kiri dan kanan seluar, lencana berlambang Kedah, apolet, bengkung, sarung kaki berwarna hitam dan kasut berwarna hitam berkilat.
 
  

·       Kemeja

Kemeja putih serta berenda putih dan bow berwarna hitam (EXCO dan ADUN).

·         ‘Mess’ Jaket

‘Mess’ jaket berwarna putih kemerahan (Light beige), ‘lapel mess’ jaket (EXCO dan ADUN) dan dihiasi dengan tiga biji butang kecil berlambang Kedah warna keemasan di ‘cuff’. Bagi Pegawai jaket tiada ‘lapel mess’ tetapi di sekeliling jaket kiri dan kanan berjalur kuning keemasan berukuran ½ inci dan dikehendaki menyematkan lencana lambang Kedah di sebelah kiri dan kanan pada penghujung kolar jaket.

·         Seluar (lelaki)

Seluar berwarna hitam dan berjalur warna kuning keemasan berukuran 1 inci di sebelah kiri dan kanan seluar bagi EXCO. Berjalur hijau bagi ADUN dan berjalur hitam berkilat berukuran ½ inci bagi Pegawai.

·         Kain Sarung (wanita)

Kain sarung berwarna hitam mengikut fesyen kebaya dengan lipatan di bahagian hadapan dan jalur warna hitam berkilat selebar 8 cm selari dengan lipatan.

 
  

 

·       Apolet

Apolet daripada kain baldu berwarna hitam, di sekelilingnya tepi dan separuh bahagian dalamnya ditekat bunga padi dengan benang emas. Separuh lagi bahagian dalamnya ditekat lambang Kedah. Dipakai pada bahu kiri dan kanan. Bagi EXCO dan ADUN apolet ini sama dengan apolet bagi pakaian Tunic Jaket.

·         Bengkung

Bengkung diperbuat daripada kain satin berwarna hitam berkilat berukuran selebar 11 cm.

·         Kasut

Kasut hitam berkilat dan juga jenis tertutup penuh bagi wanita.

·         Tudung

Tudung kepala adalah berwarna hitam.