PIHAK BERKUASA TEMPATAN

 

  • Perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Punca kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah tertakluk kepada beberapa Akta dan Undang-Undang Kecil selain Majlis dan Jawatankuasa yang ditetapkan melalui penggubalan undang-undang dan peraturan-peraturan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Antaranya adalah:

  • Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT)
  • Akta Kerajaan Tempatan 1974 (Akta 171 )
  • Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172 )
  • Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133 )
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK)
  • Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah
  • Majlis Penuh Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jawatankuasa Tetap Pihak Berkuasa Tempatan
  • Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan
  • Dasar-dasar Fizikal Negara, Negeri dan Tempatan
Pengurusan dan Pembangunan Rancangan Tempatan Daerah (RTD)
  1. Rancangan Pemajuan

Rancangan Pemajuan sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976,  (Akta 172), mengandungi dasar-dasar dan cadangan-cadangan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial penduduk melalui pembentukan struktur fizikal yang selesa. Rancangan Tempatan disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) manakala Rancangan Struktur disediakan oleh Pengarah PLANMalaysia negeri. Rancangan Pemajuan merupakan sebahagian daripada sistem hierarki pelan pembangunan dalam Negara yang mengandungi 4 peringkat iaitu :

Rancangan Pemajuan berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya:

  • rancangan tempatan bagi kawasan itu, atau
  • jika tiada rancangan tempatan bagi kawasan itu, maka rancangan struktur bagi kawasan itu adalah mewakili Rancangan Pemajuan tersebut.

2. Rancangan-rancangan Fizikal

  • Rancangan Fizikal Negara (RFN)
  • Rancangan Struktur Negeri (RSN)
  • Rancangan Tempatan (RT)
  • Rancangan Kawasan Khas (RKK)

a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1984 (Akta 133)

Sekyen 70(1) Akta 133 menyatakan bahawa seseorang tidak boleh mendirikan bangunan sekiranya tiada kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT.

b) Proses Kerja Tindakan Penguatkuasaan Ke Atas Premis Tanpa Kebenaran.

Yang Dipertua PBT juga perlu turut menghadiri beberapa mesyuarat di peringkat daerah dan negeri seperti Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Bencana, Mesyuarat Jawatankuasa Fokus Group, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri/Daerah dan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah.

  • Pelantikan Jawatankuasa

Seksyen 28 Akta Kerajaan Tempatan menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa melantik Jawatankuasa, sama ada dari jenis am atau khas, terdiri daripada seorang Pengerusi dan sesuatu bilangan Anggota Majlis dan beberapa orang yang lain.

a) Contoh Jawatankuasa kecil di PBT

  • Jawatankuasa Kecil Pelesenan
  • Jawatankuasa Kecil Lalu lintas,
  • Perparitan dan Saliran
  • Jawatankuasa Kecil Bangunan

b) Contoh undang-undang kecil PBT

  • Undang-Undang Kecil Pasar Malam/Sehari
  • Undang-Undang Kecil PelesenanTempat Letak Kenderaan Persendirian
  • Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing
  • Undang-Undang Kecil Hotel

c) Rujukan

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Akta Pilihan Raya 1958(Akta 19)
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
  • Akta Keterangan 1950

a) Matlamat
Memandu pembangunan perumahan supaya lebih bersepadu, realistik dan berkesan, bagi memastikan setiap keluarga penduduk negeri Kedah dapat memiliki rumah yang sesuai, mampu milik dan berkualiti.

b) Pernyataan Dasar

  • DP1 : Komposisi kuota bagi perumahan yang dibangunkan di setiap skim perumahan perlu menyediakan Rumah Aman Makmur Kedah (RAMK) yang ditetapkan, termasuk rumah Kasih Rakyat.
  • DP 2 : Setiap projek perumahan perlu menyediakan Komponen Rumah Aman Makmur Kedah (RAMK) berdasarkan julat harga dan/atau jenis rumah yang ditetapkan.
  • DP 3 : Pelaksanaan DPrNK perlu diguna pakai berdasarkan zon/kawasan geografi yang ditetapkan.
  • DP 4 : Penetapan kuota dan komposisi RAMK perlu berdasarkan zon/kawasan geografi yang ditetapkan, status tanah dan bilangan unit yang dibina.

Sebanyak 32 langkah berjaya dilaksanakan sepanjang Dasar Perbandaran Negara (DPN) 2006. Antara hasil pelaksanaan DPN 2006 yang utama adalah:

  • mewujudkan Garis Panduan Proses Permohonan Perancangan dan Pembangunan;
  • menubuhkan Pusat Setempat (One Stop Centre - OSC) di seluruh negara dan ditempatkan di pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memudah cara permohonan kebenaran merancang di bawah Akta 172; dan
  • mewujudkan Sistem Maklumat Bandar melalui Kajian Profil Bandar (KPB) 2009 dan KPB2 (2013) yang merangkumi 249 buah bandar.

DPN 2006 telah disemak semula bagi menghasilkan DPN2. Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) 2016-2025 disediakan bagi meneruskan langkah-langkah DPN 2006 yang masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. DPN2 telah mengambil kira perkara-perkara berikut:

  • Dasar-dasar terkini Kerajaan Persekutuan dan negeri;
  • Isu-isu perbandaran semasa;
  • Wawasan Negara;
  • Rancangan Malaysia Ke-11; dan

Dasar-dasar dan polisi-polisi luar negara yang disediakan seperti Eco2 Cities, COP15 Copenhagen, The Sustainable Development Goals (SDGs); The Global Competitiveness Report, New Urban Agenda (NUA) dan lain-lain yang berkaitan.