PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN JABATAN KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

 

 

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009 - TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM TERHADAP PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM BERDASARKAN TATAKELAKUAN PEGAWAI AWAM

  • Berdasarkan aduan daripada orang awam semasa berurusan dengan kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan antara isu yang menjejaskan penyampaian perkhidmatan adalah seperti berikut:

        a) salah guna kuasa;
        b) kelewatan atau tiada tindakan;
        c) kegagalan penguatkuasaan;
        d) kualiti perkhidmatan kaunter yang kurang memuaskan;
        e) kegagalan mengikut prosedur; dan
        f) tidak responsif.

  • Isu-isu ini menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta mencemarkan
    imej Kerajaan dari persepsi pelanggan dan seterusnya boleh menghalang hasrat Kerajaan untuk mencapai gagasan yang telah ditetapkan.
  • Kerajaan memandang serius isu-isu tersebut kerana ia menunjukkan bahawa pegawai yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas telah melanggar tatakelakuan pegawai awam yang ditetapkan dalam Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai awam yang didapati melanggar tatakelakuan Peraturan 4 tersebut, boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga membawa kepada hukuman turun pangkat dan buang kerja.

i. Tanggungjawab Pegawai Awam

  • Bagi memastikan komitmen dan dasar Kerajaan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan cepat, cekap dan berkesan, semua pegawai awam hendaklah:
    a) melaksanakan tugas dengan cekap;
    b) jujur dan amanah;
    c) bertanggungjawab serta berintegriti;
    d) meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan
    e) sendiri;
    f) tidak menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri;
    g) menjaga imej perkhidmatan awam; dan
    h) tidak cuai melaksanakan tugas.
  • Pegawai awam juga hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan terkini serta mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi, kreatif dan inovatif melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih menyeluruh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

ii. Tanggungjawab Ketua Jabatan

  • Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan setiap pegawai di bawah seliaan masing-masing untuk memahami, menghayati dan mematuhi peringatan dan penjelasan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
  • Ketua Jabatan juga bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai dan melaporkan sebarang pelanggaran tatakelakuan, aku janji atau peraturan yang berkuat kuasa kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk diambil tindakan tatatertib.

Semua agensi kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan dan mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan dan pihak pekerja perlu digubal terlebih dahulu sebagai garis panduan ataupun undang-undang kecil dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan. Pekeliling yang berkaitan dengan penubuhan MBJ adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2020. Mesyuarat biasa bagi majlis hendaklah diadakan tiga bulan sekali/empat kali setahun.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 bertarikh 6 Ogos 2008 bertujuan untuk memaklumkan mengenai sistem pengendalian pengaduan awam yang baharu dan peranan mereka untuk melaksanakan sistem pengendalian pengaduan awam tersebut. Melalui pekeliling ini, sistem pengurusan pelanggan dan aduan awam ditambah baik melalui layanan telefon, perkhidmatan kaunter, perkhidmatan helpdesk dan aduan serta maklum balas pelanggan.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 disediakan bertujuan memberi penerangan dan panduan kepada ketua-ketua jabatan mengenai pelaksanaan Standard MS ISO 9000 dalam perkhidmatan awam. Satu garis panduan yang bertajuk "Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam" ada dikepilkan sebagai lampiran kepada pekeliling ini.

Laporan dan Teguran Audit Negara 2018 – Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Kedah

Jabatan Audit Negara telah menjalankan empat jenis pengauditan seperti berikut:

 

 

 

Pengurusan Aset kerajaan turut terkandung dalam 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP). Versi 1PP dibahagikan kepada 7 bidang pengurusan kewangan utama iaitu Pengurusan Belanjawan (PB), Perolehan Kerajaan (PK), Pengurusan Wang Awam (WP), Pengurusan Aset (KP), Pengurusan Kewangan Strategik (PS), Pelaburan Strategik (PA) dan Pinjaman Perumahan (PR). Bagi pengurusan aset, kod bidang di dalam portal ialah AM.

1. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

  • Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) adalah bertujuan untuk menguruskan Harta Modal dan Aset Alih Bernilai Rendah yang meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan penyelenggaraan, pindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira.

2. Penerimaan Aset

  • Objektif Penerimaan:
    - memastikan setiap aset alih yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan;
    - menentukan kualiti dan kuantiti sebenar aset mengikut pesanan; dan
    - memastikan aset alih diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat untuk digunakan.

3. Pendaftaran Aset

  • Pendaftaran aset adalah bertujuan untuk:
    - mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini;
    - memudahkan pengesanan dan pemantauan;
    - membolehkan keadaan aset diketahui; dan
    - memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset.

4. Jawatankuasa Pengurusan Aset