KERAJAAN ELEKTRONIK (E-GOVERNMENT)
Aplikasi MyHRMIS Mobile merupakan aplikasi mudah alih terbaharu JPA yang merangkumkan kesemua fungsi dalam aplikasi MyHRMIS sedia ada iaitu MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS eGL, MyHRMIS Self Check, MyHRMIS Care dan MyHRMIS Keluar Pejabat.
Kesemua fungsi yang terdapat dalam aplikasi MyHRMIS sedia ada boleh diakses dalam aplikasi terbaharu ini dalam bentuk paparan yang lebih ringkas, kemas dan menarik.
i. Pengurusan latihan beroperasi sepenuhnya secara dalam talian (online) melalui
SISTEM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA.
ii. Penjawat awam lantikan baharu WAJIB berdaftar sebagai ahli ePSM di alamat portal
epsm.kedah.gov.my.
iii. Penjawat Awam Negeri Kedah WAJIB menggunakan sistem ePSM untuk aplikasi berikut:
iKEDAH
Aplikasi mudah alih iKEDAH ialah satu inisiatif baharu oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam menyediakan saluran maklumat pantas Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman kepada rakyat menggunakan telefon pintar masing-masing. Informasi Kerajaan Negeri Kedah menjadi mudah, cepat dan meluas kepada semua rakyat, pelancong dan pembekal perkhidmatan.
Maklumat yang disediakan adalah seperti yang berikut:
1. Notifikasi 9. iCutiKedah
2. iWarta Kedah 10. iMajlis
3. iPengumuman 11. iAduan
4. iDirektori 12. iRating
5. iNegeri 13. iAduan
6. iMarketKedah
7. iTender/Sebut harga
8. iBayaq
SISTEM BAYARAN SECARA DALAM TALIAN ibayaq
- Satu portal yang dibangunkan bertujuan untuk memudahkan dan mempercepat sistem perkhidmatan bayaran dalam talian. Inisiatif yang diwujudkan ini memudahkan urusan pembayaran cukai tanah, sewa perumahan, pinjaman pendidikan, pinjaman usahawan dan pendaftaran kontraktor (iDAFTAR).