PEGAWAI DAERAH

DaerahParlimenDun 
Kota SetarAlor SetarBakar Bata

Kota Darul Aman
Alor Mengkudu
Kuala KedahAnak Bukit
Kubang Rotan
Pengkalan Kundur
Pokok SenaBukit Lada
Bukit Pinang
Derga
LangkawiLangkawiAyer Hangat

Kuah
Kuala MudaMerbokBukit Selambau



Tanjung Dawai
Sungai PetaniPantai Merdeka
Bakar Arang
Sidam
JeraiGuar Chempedak
Gurun
Sungai Limau
YanJeraiGuar Chempedak 
Gurun
Sungai Limau
SikSik  
Jeneri
Padang TerapPadang Terap  
Kuala Nerang
Kubang PasuKubang Pasu  
Jitra
BalingBaling  
Kuala Ketil
PendangPendangTokai

Sungai Tiang
KulimKulim Bandar Baharu⦁ Kulim
⦁ Bandar Baharu
 
Padang Serai⦁ Merbau Pulas
⦁ Lunas
Bandar BaharuKulim Bandar BaharuKulim 
  Bandar Baharu

Sistem Pentadbiran Tanah Negeri Kedah

 

Perlembagaan Persekutuan

Perkara 74 – Tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri. Undang-undang berkaitan tanah seharusnya dibuat oleh badan perundangan negeri.

Punca Kuasa

Pegawai Daerah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menjalankan tugas-tugas Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan diwartakan di bawah Seksyen 12 Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965) bagi membolehkan pelaksanaan tugas-tugas berikut:

  • Memproses permohonan pemberimilikan tanah dan lain-lain permohonan;
  • Mendaftar hakmilik, dan urusan-urusan berkaitan pendaftaran;
  • Memungut cukai tanah dan lain-lain hasil tanah;
  • Mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara dan permit;
  • Menguatkuasakan peruntukan undang-undang berkaitan dengan pendudukan tanpa sah di atas tanah kerajaan; dan
  • Memastikan pengambilan tanah untuk tujuan awam dapat dilaksanakan.

Teras Pentadbiran Tanah dan Fungsi

  • Pelupusan dan Pemberimilikan Tanah
    • Memproses permohonan tanah kerajaan secara hakmilik bagi Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, syarikat dan individu.
    • Memproses permohonan tanah kerajaan secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS)    bagi Agensi Kerajaan / Badan Berkanun, syarikat dan individu.
    • Memproses permohonan tanah kerajaan secara perizaban di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965).
    • Memproses permohonan tebus guna laut.
    • Memproses permohonan sambung tempoh pajakan dibawah Seksyen 90A Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965).
    • Memproses permohonan pembatalan tanah simpanan (RC).
    • Memproses permohonan Sijil Pertanian oleh orang-orang Siam.
    • Memproses permohonan lot kediaman Pegawai-Pegawai Kerajaan (Tanah Anugerah).
    • Memproses permohonan tanah dibawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA)
    • Memproses pewartaan Hutan Simpan.
    • Memproses permohonan hak milik sambungan sebelum Kanun Tanah Negara (KTN) (Akta 56/1965).
  • Pengambilan Tanah
    •  Menjalankan siasatan / perbicaraan tuntutan pampasan untuk semua kepentingan yang ada pada tanah yang terlibat dengan pengambilan.
    • Menentukan kadar bayaran pampasan kepada tuan tanah yang terlibat dengan pengambilan.
    • Memproses endorsmen pengambilan balik tanah ke atas hakmilik.

 

  • Pengambilan Tanah

            Kuasa Pengambilan Tanah

            Seksyen 3, Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) (Pindaan) memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan:

    • Bagi apa-apa maksud awam;
    • Oleh mana-mana orang/perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian dari itu atau kepada orang awam pada am atau mana-mana kelas orang ramai; atau
    • Bagi maksud perlombongan atau untuk maksud-maksud kediaman, pertanian, perdagangan dan perindustrian.
  • Pengurusan Bahan Batuan (Seksyen 71 KTN 1965)
    •  Memproses permohonan permit pengeluaran bahan batuan.
    • Merekodkan kutipan royalti bagi pengeluaran bahan batuan.
  • Penguatkuasaan dan Teknikal
    • Memproses kelulusan permohonan tanah dan bahan batuan.
    • Membuat laporan permohonan tanah, bahan batuan dan aduan.
    • Membanteras usaha haram yang melibatkan tanah kerajaan.
    • Mengemaskini Lot/PT index.
    • Membuat permohonan ukur tanah (PU).
    • Menyelesaikan tunggakan penukaran QT kepada FT

PENDAFTARAN HAKMILIK

  • Pendaftaran Urusniaga:
    •  Memproses Pendaftaran Hakmilik Sementara dan Kekal.
    • Memproses endorsmen serahbalik, serahbalik dan berimilik semula.
      • Memproses permohonan tukar syarat.
      • Memproses permohonan pecah sempadan tanah.
      • Memproses permohonan cantuman tanah.
      • Memproses permohonan pecah bahagian tanah.
    • Memproses pendaftaran pindahmilik, pajakan tanah, pajakan kecil tanah, penyerahan balik pajakan, pindahmilik gadaian, gadaian untuk menjamin pembayaran wang pokok, penangguhan gadaian, perakuan jual oleh mahkamah dan pentadbir tanah, melepaskan gadaian, pemberian ismen serta ismen berbalas dan melepaskan ismen.
    • Memproses pendaftaran dan pembatalan kaveat persendirian, pendaftaran, pemegang lien dan pemegang amanah.
    • Memproses pendaftaran perintah larangan, perintah pembahagian pesaka dan semua jenis perintah mahkamah.
    • Memproses pendaftaran endorsmen pengambilan balik tanah.
    • Memproses permohonan perintah jualan, penerimaan pelan hakmilik kekal dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, penerimaan hakmilik Pendaftar, pembetulan di bawah Seksyen 380 Kanun Tanah Negara dan permohonan carian rasmi dan persendirian.
  • Pengurusan Hasil
    • Mengutip hasil cukai tanah semasa dan tunggakan.
    • Mengeluarkan Notis 6A dan Notis 8A bagi menyelesaikan isu tunggakan hasil tanah.
    • Mengutip hasil bukan cukai.
    • Menyelesaikan masalah cukai tanah, remitan, perubahan cukai, deposit tanah dan semua isu berkaitan hasil tanah.
    • Mengemaskini deposit tanah.
    • Merekod hasil tanah hakmilik baru.

 

  • Senarai Mesyuarat Pentadbiran Tanah
    • Mesyuarat Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) Untuk Proses Permohonan Pengeluaran dan Pemindahan Bahan Batuan dan Bahan Mineral Negeri Kedah (4 kali setahun)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah (Mengikut keperluan)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Khas Hakmilik Strata (4 kali setahun)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Induk Cukai Petak (4 kali setahun)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Hasil PentadbiranTanah (4 kali setahun)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Urusan Pendaftaran Pentadbiran Tanah Negeri Kedah(4 kali setahun)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) (4 kali setahun)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Lot Kuota Melayu (12 kali setahun)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah (3 kali setahun)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Tanah Ladang. (2 kali setahun)
    • Mesyuarat Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah (4 kali setahun)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Tanah Negeri Kedah (4 kali setahun)
  • Undang-undang berkaitan Pentadbiran Tanah:
    • Kanun Tanah Negara 1965.
    • Kaedah-Kaedah Tanah Kedah Darul Aman 2018.
    • Akta Pengambilan Tanah 1960.
    • Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2013).
    • Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok 1960).
    • Enakmen-Enakmen Kerajaan Negeri Kedah.
    • Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
    • Pekeliling-Pekeliling Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
    • Pekeliling –Pekeliling Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian.

 

JAWATANKUASA TANAH DAERAH 

Punca Kuasa:

Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 20 Januari 2010.

Keanggotaan Jawatankuasa:

Pengerusi                    : Pegawai Daerah

Setiausaha                  : Pentadbir Tanah Daerah

Ahli-ahli                      :

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
  • Yang Dipertua Pihak Berkuasa Negeri
  • Jabatan Perhutanan Daerah
  • Jabatan Kerja Raya Daerah
  • Jabatan Perancang Bandar Dan Desa
  • Jabatan Ukur Dan Pemetaan

 

Bidang Kuasa Jawatankuasa Tanah Daerah : 

  • Menerima dan menapis permohonanberkaitan permohonan tanah berkelompok tanah sebelum di bawa ke pertimbangan Jawatan Kuasa Negeri (JKTN).
  • Bagi mana-mana permohonan yang tidak diluluskan JKTD, ia perlu diangkat untuk pertimbangan JKTN.Pihak Pentadbir Tanah Daerah akan bertindak sebagai urusetia pada Jawatankuasa Tanah peringkat daerah. Setiap permohonan akan dikumpul, diproses dan penyediaan pelan teratur.

 

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN BENCANA

 Arahan No. 20(Semakan Semula)Dasar Dan MekanismePengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara

  •  Arahan ini bertujuan untuk membatalkan dan seterusnya menggantikan Arahan No. 20 yang dikeluarkan pada 11 Mei 1997.
  • Arahan ini bertujuan menggariskan Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana secara menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian Bencana di darat. Arahan ini juga menjelaskan peranan dan tanggungjawab Agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela dalam pengurusan Bencana.

 

  • Jawatankuasa Pengurusan Bencana

            Pengurusan Bencana hendaklah dikendalikan berasaskan tiga peringkat pengurusan seperti berikut:

    • Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP)
    • Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)
    • Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)

JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH (JTPD)

Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) dilaksanakan sepenuhnya di peringkat daerah.

Arahan No. 1 2020 Adalah Berkaitan Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara. Arahan ini bertujuan menjelaskan dan menambah baik mekanisma penyelarasan perancangan, pelaksanaan dan penilaian program/projek di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) serta inisiatif-inisiatif semasa kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Mekanisma penyelarasan ini juga bermatlamat menyokong dan merealisasikan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang membawa maksud pertumbuhan yang lebih saksama, memberikan nilai yang lebih tinggi kepada ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif, berintegriti dan bermaruah.

Arahan No. 1 yang pertama dikeluarkan pada tahun 1971 bagi menyelaras dan mengawasi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di samping membanteras ancaman komunis. Arahan ini telah dipinda sebanyak 6 kali dan digantikan dengan Arahan No. 1 1991, Arahan No. 1 1996, Arahan No. 1 2001, Arahan No. 1 2004, Arahan No. 1 2010 dan Arahan No. 1 2018 (Pindaan 31 Oktober 2018). Bagi membolehkan mekanisma penyelarasan pelaksanaan digerakkan dengan lebih terancang dengan tumpuan kepada penambahbaikan penyelarasan peringkat persekutuan, negeri dan daerah serta berpaksikan aspirasi di bawah WKB 2030, arahan tersebut ditambah baik kepada Arahan No. 1 2020 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020. Strategi utama Arahan No. 1 2020 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara (Arahan) adalah seperti berikut:

  • Memperkukuh mekanisme pemantauan pengesanan jurang pencapaian program pembangunan bagi memastikan penyertaan yang seimbang dalam kalangan kumpulan etnik, kumpulan pendapatan dan wilayah serta menyokong usaha ke arah pertumbuhan ekonomi bagi mencapai potensi sebenar;
  • Memperkukuh instrumen komunikasi mencakupi pelbagai peringkat dan memastikan penglibatan bersama Anggota Pentadbiran ke arah penyampaian matlamat pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat;
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan program/projek pembangunan menerusi pemantapan keseluruhan kitaran program/projek mencakupi perancangan, pemantauan dan penilaian bagi menyokong pembangunan negara; dan
  • Memperhebat penyelarasan di lapangan bagi meminimumkan risiko kegagalan program/projek pembangunan serta pelaksanaan intervens yang berkesan.

Fungsi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah:

  • Memantau dan menilai impak pelaksanaan program/projek pembangunan;
  • Menyelaras dan mengemukakan cadangan pelaksanaan program/ projek kementerian/agensi berkaitan;
  • Memastikan masalah serta isu pelaksanaan program/projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan dikemuka kepada MTPNg;
  • Memantau dan menilai pelaksanaan program/projek dan isu-isu kemiskinan; dan
  • Meneliti dan memastikan agenda Focus Group Daerah (FGD) bagi eKasih dilaksanakan dengan berkesan.

https://www.icu.gov.my/pdf/arah/ARAHAN_NO1_2020d.pdf

JAWATANKUASA FOCUS GROUP

TERMA RUJUKAN
FOCUS GROUP PEMBASMIAN KEMISKINAN PERINGKAT DAERAH

 

Pengerusi

:

Pegawai Daerah

   

Ahli-ahli

:

  1. YB Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri;
  
  1. Datuk Bandar / Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan;
  
  1. Pegawai Kesihatan Daerah;
  
  1. Pegawai Pendidikan Daerah;
  
  1. Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya;
  
  1. Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah;
  
  1. Pentadbir Agama Daerah;
  
  1. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah;
  
  1. Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah;
  
  1. Pegawai MARA Daerah;
  
  1. Pegawai Pertanian Daerah;
  
  1. Pegawai RISDA Daerah;
  
  1. Pegawai Belia dan Sukan Daerah;
  
  1. Pegawai Amanah Ikhtiar Malaysia;
  
  1. Penghulu/Penggawa.
   

Ahli Jemputan

:

Ketua Jabatan / Agensi Kerajaan serta mana-mana badan yang dijemput berasaskan isu yang dibincangkan.

   

Urus Setia

:

Pejabat Daerah.

   

Kekerapan Mesyuarat 

:

Sekurang-kurangnya enam kali setahun atau mengikut ketetapan Pengerusi.

   

Fungsi Focus Group :

  •  Melaksanakan dasar, kenyataan dasar dan strategi serta program/projek pembasmian kemiskinan di peringkat daerah;
  • Menyelaras dan memantau perancangan dan pelaksanaan program kemiskinan;
  • Mengenal pasti isu dan masalah dalam penyelarasan dan pelaksanaan program/projek pembasmian kemiskinan dan mencadangkan penyelesaiannya;
  • Membuat penilaian outcome dan impak ke atas program/projek pembasmian kemiskinan bagi memastikan keberkesannya;
  • Memastikan Sistem eKasih digunakan sebagai rujukan utama dan dikemas kini dari semasa ke semasa;
  • Menyediakan laporan kepada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

Punca Kuasa : Surat Ketua Setiausaha Negara Malaysia, nombor rujukan UPP:BPK/177/674//3 klt.8
(62), bertarikh 6 Januari 2020.

 

Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997

Jawatankuasa Pelesenan

  •  Tiada seorang pun boleh mengadakan hiburan di mana-mana tempat melainkan Jawatankuasa Perlesenan telah memberikan satu lesen hiburan untuk mengadakan hiburan itu.
  • Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
  • Tiada seorang pun boleh :

            (a)        memberikan, membahagi-bahagikan, menjual atau menawarkan untuk menjual apa-apa tiket untuk menghadiri, atau mengundang mana-mana orang untuk menghadiri, mana-mana hiburan atau                                      menyebabkan apa-apa pemberian, pembahagian, penjualan, penawaran atau undangan apa-apa hiburan atau

            (b)        dengan apa-apa cara mengiklankan atau menyerantakan atau menyebabkan diiklankan atau diserantakan apa-apa hiburan yang hendak diadakan di mana-mana tempat,

Melainkan jika suatu lesen hiburan telah diberikan berkenaan dengan hiburan.

Permohonan Untuk Mendapatkan Lesen Hiburan

  • Sesuatu permohonan untuk mendapatkan sesuatu lesen hiburan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan.
  • Bagi maksud menimbangkan sesuatu permohonan untuk mendapakan sesuatu lesen hiburan, Jawatankuasa Pelesenan boleh menghendaki secara bertulis apa-apa butir atau maklumat lanjut dibekalkan kepadanya oleh pemohon atau apa-apa perkara yang terkandung di dalamnya atau yang berkaitan dengannya dalam apa-apa tempoh masa yang ditetapkan.
  • Jika apa-apa butir atau maklumat lanjut yang dikehendaki secara bertulis untuk dibekalkan dibawah subseksyen (2) tidak dibekalkan kepada Jawatankuasa Pelesenan dalam masa yang dinyatakan atau apa-apa lanjutannya sebagaimana diarahkan oleh Jawatankuasa Pelesenan itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik.
  • Tanpa menjejaskan subseksyen (2), bagi maksud menimbangkan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen hiburan, Jawatankuasa Pelesenan boleh menghendaki pemohonan memberinya skrip, jika ada, dan apa-apa maklumat yang dinyatakannya yang berhubungan dengan perkara-perkara yang berikut:

                     (a)  butir-butir mengenai orang-orang yang terlibat dalam penganjuran hiburan atau kepentingan-kepentingan yang diwakili oleh orang-orang itu;

                     (b)   butir-butir mengenai orang-orang yang telah diundang atau bersetuju untuk mengambil bahagian dalam hiburan itu atau yang telah mengambil bahagian dalam hiburan itu dan kepentingan-                                               kepentingan yang diwakili oleh orang-orang itu, dan

                    (c)    tujuan yang baginya apa-apa keuntungan daripada hiburan itu dicadangkan hendak digunakan atau telah digunakan.

 

Pemberian Lesen Hiburan

  • Jawatankuasa Pelesenan boleh, mengikut budi bicaranya, memberikan lesen atau enggan memberikan lesen yang dipohon dibawah seksyen 8.
  • Lesen hiburan tidak boleh diberikan di luar kawasan mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan di mana hiburan itu diadakan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pegawai Daerah.
  • Lesen hiburan tidak boleh diberikan dimana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan melainkan pemohon mengemukakan:

            (a)        lesen bagi tempat hiburan, atau

            (b)        kelulusan bertulis

Oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang membenarkan tempat itu.

 

Jawatankuasa Khas Tempat Keagamaan (Rumah Ibadat) dan Perkuburan Bukan Islam Peringkat Daerah Di Negeri Kedah

Jawatankuasa Khas Tempat Keagamaan (Rumah Ibadat) dan Perkuburan Bukan Islam Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan bagi membincangkan perkara-perkara dan hal ehwal yang berkaitan dengan Rumah Ibadat dan Tanah Perkuburan Bukan Islam dalam Negeri Kedah Darul Aman.

Pengerusi                     :           Pegawai Daerah

Ahli Jawatankuasa     :           Yang Dipertua Majlis (YDP)

                                       :           Pentadbir Tanah Daerah

                                       :           Ketua Polis Daerah

                                       :           Pengarah PELAN Malaysia @ Kedah

                                                   (Jabatan Perancang Bandar dan Desa)

 

Contoh Mesyuarat Peringkat Daerah Yang Dipengerusikan Oleh Pegawai Daerah

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah

  1. Mesyuarat Focus Group (Pembasmian Kemiskinan) Daerah
  2. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan (JKKD) Daerah
  4. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Daerah
  5. Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Peringkat Daerah
  6. Majlis Rundingan Belia Daerah
  7. Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah
  8. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Daerah
  9. Mesyuarat Jawatankuasa Hari Kebangsaan Peringkat Daerah
  10. Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah
  11. Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Lawatan VVIP

 

Senarai Mesyuarat Di Peringkat Negeri (Pegawai Daerah Hadir Sebagai Ahli)

  1. Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Negeri Kedah Darul Aman
  2. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah
  3. Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri(MTPNg) Kedah
  4. Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri Kedah Darul Aman(JKTN)
  5. Mesyuarat Jawatankuasa Geraksaraf dan Perangsaraf Negeri Kedah
  6. Mesyuarat Focus Group Negeri Kedah
  7. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerja Raya dan Tenaga Negeri Kedah
  8. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bekalan Air, Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah
  9. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah
  10. Mesyuarat Tindakan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Kedah
  11. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah
  12. Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah
  13. Mesyuarat Agung Bulan Sabit Merah Malaysia Kedah Darul Aman
  14. Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri
  15. Mesyuarat Jawatankuasa Pindah Milik Rancangan Perumahan Awam (RPA) Negeri Kedah
  16. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Tindakan Pembangunan Negeri (JKTPNg)Kedah
  17. Mesyuarat Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah

 

 

Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya ( PP-KPR )

Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar, SPR mempunyai kuasa di bawah seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya 1958 dan seksyen 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di setiap bahagian pilihan raya Parlimen

 

Keanggotaan pasukan ini adalah terdiri daripada :

  • Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik di bawah seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya 1958
  • Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor.
  • Seorang wakil Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Seorang wakil parti politik/calon.

 

Fungsi-fungsinya adalah :

  • Mengawasi dan memantau semua aktiviti calon
  • Menurunkan semua bahan kempen yang bercanggah dengan Undang-Undang Pilihan Raya
  • Menghentikan ucapan dan syarahan yang melanggar Undang-Undang Pilihan Raya
  • Mengawal dan menyelaras aktiviti berkempen

 

https://www.spr.gov.my