PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI KEDAH

 

 

i. Pegawai Pengawal

Adalah pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan atau menteri Besar atau Ketua Menteri di bawah seksyen 15A Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi setiap tujuan perbelanjaan yang diperuntukan bagi mana-mana tahun kewangan dalam anggaran, bagi mengawal, tertakluk kepada sebarang arahan yang ditujukan oleh pihak penguatkuasa kewangan, perbelanjaan yang dikuatkuasakan dibawah tujuan itu, dan termasuk semua tanggungjawab Pegawai Perakaunan.

 

i. Akta Tatacara Kewangan 1957

ii. Arahan Perbendaharaan (AP)

AP memberi penjelasan/panduan mengenai tatacara/prosedur kewangan. Ia diperjelaskan lagi melalui Pekeliling/Surat Perbendaharaan.

a) Hasil

  • Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kedah Bil.4.2020 – Garis Panduan Bagi Penyediaan Anggaran Hasil Tahun 2021; dan
  • Format Borang Anggaran Hasil

b) Belanja

  • Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kedah Bil.1.2021 – Garis Panduan Perbelanjaan Di Bawah Bajet 2021;

c) Jawatankuasa Pengurusan Kewangan

  • Jawatankuasa Pengurusan Kewangan turut terkandung dalam 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP). Versi 1PP dibahagikan kepada 7 bidang pengurusan kewangan utama iaitu Pengurusan Belanjawan (PB), Perolehan Kerajaan (PK), Pengurusan Wang Awam (WP), Pengurusan Aset (KP), Pengurusan Kewangan Strategik (PS), Pelaburan Strategik (PA) dan Pinjaman Perumahan (PR). Bagi pengurusan kewangan, kod bidang di dalam portal ialah PS.

PS 5.1 Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.

 

 

Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kedah Bil.2.2021 – Garis Panduan Kontraktor iDAFTAR
Manual Pengguna iDAFTAR

i. Sebut Harga AP 170

a) Bekalan Bernilai Tidak Melebihi RM500,000
Pembelian setiap jenis item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan atau sesuatu kontrak melebihi RM50,000 tetapi tidak melebihi RM500,000 h endaklah dibuat dengan mempelawa sebut harga di kalangan sekurangkurangnya lima (5) pembuat/pembekal tempatan yang berdaftar denganKementerian Kewangan di bawah kod bidang yang berkenaan dengan menggunakan borang di Lampiran Q tertakluk kepada syarat berikut:

  • Bagi pembelian setiap jenis item yang bernilai melebihi RM50,000 hingga RM100,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga di kalangan pembuat/pembekal tempatan bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan; dan
  • Bagi pembelian setiap jenis item yang bernilai melebihi RM100,000 hingga RM500,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga di kalangan pembuat/pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan.
    Kementerian/Jabatan adalah dilarang memecah kecilkan nilai bekalan bagi mengelakkan pelawaan sebut harga.

ii. Tender AP 171

a) Perolehan Bekalan Melebihi RM500,000 Dipelawa Secara Tender

  • Tender terbuka hendaklah dipelawa untuk bekalan yang nilainya melebihi RM500,000 setahun bagi setiap jenis item. Kementerian/Jabatan adalah dilarang memecah kecilkan nilai bekalan bagi mengelakkan pelawaan tender.

iii. AP 173. Pembelian

a) Pembelian Terus (Am)

  • Pembelian setiap jenis item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM50,000 boleh dibuat secara Pembelian terus dengan mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan, sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera.

iv. AP 180.1 Kerja-kerja Requisition

a) Kerja-kerja bernilai tidak melebihi RM100,000 boleh dipelawa secara requisition dengan menggunakan Jadual Kadar Harga. Kerja yang dipanggil secara requisition ialah kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak mengubah struktur asal.

b) Kerja yang bernilai tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembangunan Malaysia (CIDB) dalam gred dan kategori yang berkaitan. Kepala dan sub kepala adalah istilah yang digunakan di PKK manakala gred dan kategori adalah istilah yang digunakan oleh CIDB.

c) Bagi kerja-kerja yang bernilai melebihi RM20,000 hingga RM 100,000 pemilihan kontraktor hendaklah dibuat secara adil melalui undian atau pusingan di kalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan dan CIDB dalam gred dan kategori yang berkaitan.

v. Kerja-kerja Bukan Requisition (Lantikan Terus) AP 180.2

a) Kerja-kerja yang bernilai tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan dan CIDB dalam gred dan kategori yang berkaitan.

vi. Perolehan Perhidmatan Bukan Perundingan AP 190. (Pembelian Terus untuk Perkhidmatan)

a) Perolehan perkhidmatan sehingga RM50,000 setahun boleh dibuat secara Pembelian terus dengan mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan, sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera.

b) Bagi perolehan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM50,000 hingga RM500,000
setahun dipelawa secara sebut harga daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan; dan

c) Bagi perolehan perkhidmtan yang bernilai melebihi RM100,000 hingga RM500,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan.

d) Tender hendaklah dipelawa bagi semua perkhidmatan yang nilainya dianggarkan melebihi RM500,000 setahun.

e) Kementerian/Jabatan adalah dilarang memecah kecilkan nilai perkhidmatan bagi mengelakkan pelawaan sebut harga dan tender.