HAL-HAL PERKHIDMATAN

 

Peringatan Mesra       

  • Permohonan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) perlu dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) melalui Ketua Jabatan.
  • Permohonan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Penilaian Kompetensi JPA Malaysia bagi tiga kategori peperiksaan;
  • Peperiksaan Perkhidmatan Gred 29 ke Atas
  • Peperiksaan Perkhidmatan Gred 19 hingga Gred 28
  • Peperiksaan Perkhidmatan Gred 11 hingga 18

 

 

 

 

Dasar dan tatacara pelantikan bagi pegawai secara kontrak hendaklah ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Pegawai boleh ditamatkan perkhidmatan  dalam keadaan seperti berikut:

  • Menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam Borang Pemeriksaan Perubatan;
  • Membuat akuan palsu dalam Surat Akuan Sumpah;
  • Tidak memenuhi kehendak dalam Surat Aku Janji;
  • Meminda atau memalsukan apa-apa dokumen berhubungan dengan pelantikannya;
  • Membuat akuan palsu dalam Surat Akuan Sumpah;
  • Tidak memenuhi kehendak dalam Surat Aku Janji; dan
  • Meminda atau memalsukan apa-apa dokumen berhubungan dengan pelantikannya.
  • Pemberian taraf berpencen pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Suruhanjaya Pasukan Polis, mana yang berkenaan. Pegawai perkhidmatan awam Negeri pula diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri masing-masing kecuali yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis. Bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, pemberian taraf berpencen diuruskan oleh JPA di bawah peruntukan Seksyen 6 Akta 239.
  • Perakuan pemberian taraf berpencen bagi pekerja yang telah disahkan dalam jawatannya dan tidak memilih Skim KWSP hendaklah dihantar ke JPA sebulan sebelum genapnya tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh
    Borang dan dokumen yang diperlukan adalah seperti di bawah.

 

Bil

Borang dan Dokumen

a

Borang JPA.BP.SPPP.B06 – Perakuan Pemberian Taraf Berpencen

b

Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini (lengkap dengan nama,nombor kad pengenalan, pengesahan jawatan dan opsyen pegawai)

Kawalan tatatertib merupakan satu kaedah pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan.

Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam  (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993] yang mula berkuatkuasa pada 15 Disember 1993, menggantikan Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980. Peraturan ini kemudiannya telah dipinda beberapa kali. Walau bagaimanapun dari segi perundangan nama peraturan ibu iaitu Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 hendaklah digunakan bagi tujuan rujukan.

Secara keseluruhannya peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan berikut:

  • Kelakuan
  • Tugas Kawalan Dan Pengawasan Tatatertib
  • Prosedur Tatatertib
  • Hukuman
  • Penahanan Kerja Dan Penggantungan Kerja
  • Penamatan Demi Kepentingan Awam
  • Pelbagai

Tatakelakuan (code of conducts) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 4 P.U. (A) 395/1993 iaitu:

  1. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan;
  2. Seseorang pegawai tidak boleh:
    • Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
    • Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya;
    • Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa: -
    • Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaanya sebagai seorang pegawai awam; atau
    • Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
    • Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
    • Kurang cekap atau kurang berusaha;
    • Tidak jujur atau tidak amanah;
    • Tidak bertanggungjawab;
    • Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain;
    • Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
    • Cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Sesuatu tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah berdasarkan apa-apa perbuatan atau salah laku yang bertentangan atau boleh dianggap sebagai bertentangan dengan mana-mana peruntukan tatakelakuan tersebut.

Seseorang pegawai itu dianggap telah melakukan kesalahan apabila dia melakukan apa-apa perbuatan yang bercanggah dengan mana-mana peraturan yang ditetapkan, iaitusama ada kerana telah melakukan sesuatu perkara yang ditegah atau kerana tidak melakukan sesuatu perkara yang dia dikehendaki melakukannya.

Selain peruntukan umum mengenai tatakelakuan (code of conducts) seperti dijelaskan di atas, P.U (A) 395/1993 juga telah menjelaskan mengenai larangan-larangan serta perkara khusus yang berkaitan dengan tatakelakuan seseorang anggota perkhidmatan awam seperti berikut:

  • Gangguan seksual – Peraturan 4A;
  • Pekerjaan luar – Peraturan 5;
  • Etiket pakaian – Peraturan 6;
  • Dadah – Peraturan 7;
  • Hadiah – Peraturan 8;
  • Keraian – Peraturan 9;
  • Pemunyaan harta – Peraturan 10;
  • Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah – Peraturan 11;
  • Meminjam wang – Peraturan 12;
  • Keterhutangan kewangan yang serius – Peraturan 13;
  • Meminjamkan wang – Peraturan 15;
  • Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan – Peraturan 16;
  • Cabutan bertuah, loteri dan sebagainya – Peraturan 17;
  • Penerbitan buku dan sebagainya – Peraturan 18;
  • Membuat penyataan awam – Peraturan 19;
  • Larangan bertindak sebagai seorang penyunting dan sebagainya dalammana-mana penerbitan – Peraturan 20
  • Mengambil bahagian dalam politik – Peraturan 21;
  • Memulakan prosiding undang-undang dan bantuan guaman – Peraturan 22
  • Tidak hadir bertugas – Peraturan 23
  • Tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan – Peraturan 29
  • Kewajipan Mematuhi Peraturan-peraturan

Berdasarkan Peraturan 3A P.U.(A) 395/1993, seseorang pegawai awam hendaklah mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh menyebabkan dikenakan tindakan tatatertib.

Seseorang pegawai dianggap telah melanggar peruntukan Peraturan- peraturan ini jika didapati telah melakukan apa-apa perbuatan atau salah laku yang bertentangan atau disifatkan sebagai bertentangan dengan mana-mana peraturan tatakelakuan berkenaan.

  • Kegagalan Memberi dan Mematuhi Aku Janji

Mengikut Peraturan 3B P.U.(A) 395/1993, kegagalan seseorang pegawai memberi aku janji sebagaimana dikehendaki atau gagal mematuhi terma-terma aku janji juga merupakan pelanggaran tatatertib.

  • Tugas Kawalan dan Pengawasan Tatatertib

Berdasarkan Peraturan 3C P.U.(A) 395/1993, tiap-tiap pegawai adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera. Kegagalan menjalankan tanggungjawab ini hendaklah disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

 

  • Politik

Peraturan yang berkuatkuasa adalah:

Peraturan 21,P.U (A) 395/1993 : Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan & Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik.

Pegawai tidak boleh :

  • membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada lisan atau bertulis, memberi pandangan yang berat sebelah atas perkara yang menjadi isu parti politik;
  • menerbitkan atau mengedar buku, makalah  atau risalah parti politik; merayu undi;
  • menjadi ejen pilihanraya;
  • bertanding apa-apa jawatan parti politik; dan
  • memegang jawatan dalam parti politik.

          Peraturan 21(2),P.U (A) 395/1993 : Pegawai Kumpulan Pelaksana (Sokongan) boleh bertanding / memegang jawatan dalam parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada :

  1. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam – pegawai gunasama*
  2. Ketua Setiausaha Kementerian – pegawai bukan gunasama

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996

* Perkhidmatan Gunasama Persekutuan adalah perkhidmatan yang KetuaPerkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Syarat-syarat umum Pemangkuan / Kenaikan Pangkat

  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. diperakui oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan;
  4. bebas daripada hukuman tatatertib;
  5. telah mengisytiharkan harta;
  6. lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  7. bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan
  8. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga.
  • Jawatan Untuk Pemangkuan

          Jawatan tetap yang boleh diisi bagi tujuan pemangkuan adalah seperti berikut:

  1. jawatan yang diwujudkan sama ada melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) atau waran perjawatan;
  2. jawatan yang kosong secara hakiki disebabkan oleh penyandangnya dinaikkan pangkat, ditukar tetap, bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan, dilantik ke skim perkhidmatan lain atau bertukar;
  3. jawatan yang kosong secara operasi melebihi enam (6) bulan disebabkan penyandang dalam peminjaman, pertukaran sementara, pemangkuan, cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji; dan
  4. jawatan yang skim perkhidmatan tidak mensyaratkan kekosongan seperti skim perkhidmatan Pegawai Penyelidik dan Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi.

Selain jawatan tetap, jawatan sementara boleh diisi bagi tujuan pemangkuan. Jawatan terbuka, jawatan simpanan latihan dan jawatan kumpulan tidak boleh digunakan untuk tujuan pemangkuan. 

  • Jawatan untuk Kenaikan Pangkat

          Jawatan tetap yang boleh diisi bagi tujuan kenaikan pangkat hendaklah memenuhi kriteria berikut:

  1. jawatan yang ditetapkan skim perkhidmatannya;
  2. jawatan yang diwujudkan sama ada melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) atau waran perjawatan;
  3. jawatan yang kosong secara hakiki disebabkan oleh penyandangnya dinaikkan pangkat, ditukar tetap, bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan atau dilantik ke skim perkhidmatan lain; dan
  4. jawatan yang skim perkhidmatannya tidak mensyaratkan kekosongan antaranya skim perkhidmatan Pegawai Penyelidik dan Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi.

Selain jawatan tetap yang kosong secara hakiki, jawatan yang kosong secara operasi disebabkan penyandang dalam peminjaman, pertukaran sementara, pemangkuan, cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji tidak boleh diisi bagi tujuan kenaikan pangkat. Jawatan sementara, jawatan terbuka, jawatan kumpulan dan jawatan simpanan latihan tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat.

  • Pegawai yang Layak Dipertimbangkan Pemangkuan

       Pegawai yang telah memenuhi syarat umum layak dipertimbangkan pemangkuan termasuk:

  1. pegawai dalam peminjaman atau pertukaran sementara;
  2. pegawai sedang bercuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji;
  3. pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan; dan
  4. pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Walau bagaimanapun, kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga.
  • Pegawai yang Tidak Layak Dipertimbangkan Pemangkuan

      Pegawai berikut tidak layak dipertimbangkan pemangkuan:

  1. tidak memenuhi syarat umum; atau
  2. telah dikenakan hukuman tatatertib.
  • Pegawai yang Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat

      Pegawai yang telah memenuhi syarat umum layak dipertimbangkan kenaikan pangkat termasuk pegawai berikut:

    1. pegawai dalam peminjaman atau pertukaran sementara;
    2. pegawai sedang bercuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji;
    3. pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan;
    4. pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Walau bagaimanapun, kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga; dan
    5. pegawai yang telah memangku (jika disyaratkan oleh Lembaga) termasuk pegawai yang telah bersara atau meninggal dunia.
  • Pegawai yang Tidak Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat

        Pegawai berikut adalah tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat:

    1. pegawai tidak memenuhi syarat umum;
    2. pegawai bukan lantikan tetap;
    3. pegawai yang memangku dan kemudiannya dibersarakan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam; da
    4. pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib.
  • Terma dan Takrifan Dalam Proses Kenaikan Pangkat

BIL

TERMA

TAKRIFAN

1.

Anggota

Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat atau Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat mengikut peraturan yang berkuat kuasa bagi perkhidmatan yang berkenaan

2.

Jawatan Kumpulan

Jawatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan pegawai berkenaan sementara menunggu penempatan yang sesuai

3.

Jawatan Sementara

Jawatan yang diwujudkan untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu bagi suatu tempoh yang tertentu di mana peruntukan emolumennya ditetapkan di bawah Anggaran Belanja Mengurus dan tersenarai dalam senarai perjawatan sebagai jawatan sementara

4.

Jawatan Simpanan Latihan

Jawatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan pegawai yang bercuti kerana berkursus / belajar melebihi setahun

5.

Jawatan Terbuka

Jawatan tetap dan grednya telah ditentukan yang boleh diisi oleh pegawai yang sesuai daripada mana-mana skim dan / atau perkhidmatan dan tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat

6.

Kekananan

Susunan kedudukan pegawai berdasarkan tarikh lantikan bagi pegawai di gred lantikan atau tarikh kenaikan pangkat terakhir bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang sama.
Pegawai akan hilang kekananan atas sebab faktor-faktor berikut:

a.               pelanjutan tempoh percubaan dengan denda;

b.               cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji kecuali cuti belajar yang diluluskan oleh pihak
berkuasa berkenaan; dan / atau

c.               pegawai yang pernah dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain tetapi
kemudiannya kembali ke skim perkhidmatan terdahulunya.

7.

Kenaikan Pangkat

Peningkatan secara hakiki daripada satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat

8.

Kesilapan Fakta

Kesilapan maklumat mengenai perkhidmatan seseorang pegawai yang pada hakikatnya pegawai tidak atau masih belum memenuhi syarat yang sedang berkuat kuasa untuk dia layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat semasa Lembaga mempertimbangkan kenaikan pangkat pegawai itu

9.

Ketua Jabatan

Seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya

10.

Ketua Perkhidmatan

Seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

11.

Lembaga

Lembaga Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah mana-mana peraturan yang berkaitan

12.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA)

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Peraturan 3, dan hendaklah termasuk suatu Lembaga Kenaikan Pangkat tambahan yang ditubuhkan di bawah Peraturan 11, [P.U.(A) 75 Tahun 2010]

Keanggotaan adalah berdasarkan Jadual Keanggotaan Kenaikan Pangkat Mengikut Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U(A) 75 Tahun 2010]

13.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP)

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran yang ditubuhkan di bawah Peraturan 3, dan hendaklah termasuk suatu Lembaga Kenaikan Pangkat tambahan yang ditubuhkan menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh Peraturan 3, [P.U.(A)24 Tahun 2010]

Keanggotaan adalah berdasarkan Jadual Keanggotaan Kenaikan Pangkat Mengikut Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U(A) 24 Tahun 2010]

14.

Lembaga Rayuan

Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah mana-mana peraturan yang berkaitan

15.

Pegawai

Semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, semantara atau tetap

16.

Pemangkuan

Pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat

17.

Urus setia

Mana-mana bahagian, cawangan, seksyen atau unit di sesebuah kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab menguruskan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat

18.

Jabatan

Sesuatu Kementerian, Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri, atau daerah dalam persekutuan, di luar negara dan mana-mana entiti lain dalam Perkhidmatan Awam yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

19.

Urus Setia Naik Pangkat

Pegawai yang dipertanggungjawabkan melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi sesuatu Kementerian

20.

Urus Setia Mesyuarat LKPPA / LKPPP

Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Mesyuarat LKPPA / LKPPP

21.

Kertas Pertimbangan

Kertas yang disediakan oleh Urus Setia Naik Pangkat untuk pertimbangan Mesyuarat Pra LKPPA / LKPPP dan Mesyuarat LKPPA / LKPPP

22.

Surat Makluman

Surat untuk memberitahu keputusan LKPPA / LKPPP mengenai pemangkuan / pegawai kepada Ketua Jabatan

23.

Surat Penyiaran

Surat untuk memberitahu keputusan LKPPA / LKPPP mengenai kenaikan pangkat pegawai. Surat ini dihantar kepada pegawai melalui Ketua Jabatan

Terma dan Takrifan

Pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.

 

Peraturan - peraturan

  1.       Penangungan kerja boleh dilaksanakan jika:
            - Terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi; dan

             - Tugas jawatan kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.

2. Arahan penanggungan kerja seseorang pegawai hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan

3. Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihienam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus.

4. Tarikh kuat kuasa penanggungan kerja hendaklah dari tarikh pegawai melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja dan bermula daripada hari bekerja. Sekiranya tempoh penanggungan kerja berakhir pada hari cuti mingguan dan kelepasan am, tempoh tersebut boleh diambil kira untuk tujuan Elaun Penanggungan Kerja.

5. Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Pihak Berkuasa Melulus untuk menamatkan penanggungan kerja seseorang pegawai atau mengarahkan pegawai lain untuk menanggung kerja jika difikirkannya perlu, misalnya tidak berpuas hati dengan prestasi pegawai yang menanggung kerja.

6. Jika penanggungan kerja pegawai terputus selama empat belas (14) hari atau lebih,Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan baru kepada Pihak Berkuasa Melulus sama ada meneruskan penanggungan kerja pegawai berkenaan atau memperaku pegawai lain.

 

Pegawai Yang Layak;

  1. Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan; dan
  3. Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.

 

Jawatan yang dibenarkan;

  1. Jawatan yang diwujudkan sama ada dalam Anggaran Belanja Mengurusatau Waran Perjawatan.
  2. Jawatan yang hendak ditanggung kerja itu hendaklah tidak melangkau dua (2) gred yang lebih tinggi dan bidang tanggung jawab jawatan yang ditanggung kerja tidak terlalu berat dibandingkan dengan kebolehan dan gred hakiki pegawai yang diperakukan untuk menanggung kerja. Pegawai yang lebih tinggi grednya boleh diperakukan penanggungan kerja jawatan yang lebih rendah grednya, dengan syarat jawatan yang hendak ditanggung kerja itu tidak ada hubungan taraf tinggi rendah. Ketua Jabatan semasa menimbangkan sesuatu perakuan penanggungan kerja hendaklah mengambil kira faktor “kemunasabahan”dan “beban tanggung jawab” jawatan yang hendak ditanggung kerja.
  3. Jawatan yang ditanggung kerja hendaklah berada dalam struktur organisasi dan lokasi yang sama. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, jika organisasi berada di lokasi berlainan tetapi dalam lingkungan 25km, perakuan khas Ketua Jabatan diperlukan terhadap perakuan kerja dengan mengambil kira keperluan dan keberkesanan pelaksanaan tugas secara tanggung kerja. 

Syarat Pembayaran Elaun Tanggung Kerja

  1. Melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja selama 28 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 5 hari bekerja;
  2. Seseorang pegawai yang sedang menanggung kerja tetapi kemudiannya meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu selama 14 hari atau lebih berturut-turut, iaitu termasuk cuti mingguan dan kelepasan am, maka pembayaran Elaun Penanggungan Kerja hendaklah dihentikan;
  3. Seseorang yang pernah diluluskan menanggung kerja dan kemudian diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama boleh dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya tempoh penanggungan kerja kali kedua dan seterusnya tidak kurang 14 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan kelepasan am; dan
  4. Jika pegawai yang menanggung kerja layak menerima Bayaran Lebih Masa, bayaran tersebut hanya boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas 2 jam 15 minit daripada waktu bekerja pejabat.

PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN/ PERTUKARAN SEMENTARA DAN PERTUKARAN TETAP

 

Terma dan Takrifan

P.U (A) 1/2012

Peminjaman ertinya pelantikan seseorang pegawai di bawah;

  1. Angkatan tentera;
  2. Perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
  3. Perkhidmatan awam am persekutuan;
  4. Pasukan polis; atau
  5. Perkhidmatan pelajaran menurut Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan ke perkhidmatan awam Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia, untuk tempoh masa tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai itu dengan perkhidmatan hakikinya, termasuklah pelantikan pegawai di bawah perkhidmatan bersama ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau organisasi di dalam atau di luar Malaysia 

Pertukaran sementara ertinya pelantikan seseorang pegawai di perkhidmatan yang lain di bawah;

  1. Angkatan tentera;
  2. Perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
  3. Perkhidmatan awam am persekutuan;
  4. Pasukan polis; atau
  5. Perkhidmatan pelajaran menurut Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan atau pelantikan seseorang pegawai ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain di bawah pihak berkuasa melantik yang sama untuk tempoh masa tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai itu dengan perkhidmatan hakikinya.

Pertukaran tetap ertinya pelantikan tetap pegawai yang sedang berkhidmat secara
peminjaman atau pertukaran sementara ke jawatan yang disandang olehnya di agensi
dipinjamkan atau ditukar sementara.

 

Senarai Semak

  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U(A)1/2012]
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementaran dan Pertukaran Tetap

 

SYARAT - SYARAT PELANTIKAN

Perenggan 5 SPP 2/2012:

Pegawai yang diperakukan untuk dilantik secara peminjaman hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
  • memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di gred jawatan pinjaman;
  • mencapai tahap prestasi kerja 80% dan ke atas berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini
  • mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas gred jawatan pinjaman selaras dengan hasrat mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan; dan
  • pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:
             i. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau

                     ii. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

 

Senarai Semak;
   i. [P.U(A)1/2012]

   ii. skim perkhidmatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa

  iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementaran dan Pertukaran Tetap

  iv. Surat Pekeliling Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 – Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap

 

Dasar - dasar / pekeliling berkaitan;

       i. [P.U(A)1/2012]

      ii. skim perkhidmatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa

      iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap

      iv. Surat Pekeliling Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 – Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap

        v. Surat Edaran Tahun 2013 - Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Pertukaran Sementara Dan Peminjaman Pegawai Awam Persekutuan

Penjawat Awam Negeri Kedah disediakan dengan “Training Road Map” (TRM) iaitu  senarai kursus yang perlu dihadiri mengikut skim perkhidmatan dalam sistem e-PSM dan WAJIB mengikut ketetapan Pencapaian TRM  yang ditetapkan.

 

 

 

PELAN OPERASI LATIHAN 2021-2025